Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Monday, June 20, 2011

Al-Fatihah buat tersayang..


Sayangku...
Al fatihah  dan moga dikau kekal bahagia di sisi org-org beriman..Yaa allah walaupun genap 2 tahun Ammar pergi namun aku masih dapat merasakan kehadiran dia. Hari ni adalah hari aku melahirkan dia.. Secara tiba-tiba suasana dan keadaan menerpa di ruang mataku.. Kejadian mu Ya Allah.. Aku bersyukur.. Ammar pergi dengan aman.. Ya allah hanya pintaku .. suatu hari nanti ketemukan lah aku dngan anak ku ini.. Aku terlalu merinduinya.. 

Syukur padamu Ya Allah, alhamdulilah ku perolehi Amani Insyirah.. Kembar Ammar..

Monday, June 13, 2011

Amani dah 8 month

Amani Insyirah.. dah semakin sihat.. well kena follow up selalu.. dok kena selalu g KMC. Dr Sharifah tu mmg baik orangnya. Penerangan yang diberikan memang jelas dan mudah difahami. Seronok tgk perkembangan Amani.. Sekarang dah 9.5 kg.. Huhuu dah x larat nak dukung tau!
Amani ni my mom said sikap dia cam aku hehe masa kecik2 dulu.. Chubby n nak tido bawa naik keta tido la dia.. Alalaaa.. dah anak ibu..kan.. mesti aar ikut .. Keletah amani nei mcm2 nakal. X dok diam de je kerja dia nak wat.. mm kalau dok dalam walker tu ke main laju je.. Vrooommmm!!!!
Skarang ni dah pandai main ngan abang n kakak. Ha dah tumbuh gigi.. Allaaaaaa come je gg dia.. baru tumbuh sebatang.. Mulut tu mmg riuh.. mcam la dia bunyi sora rimau la, sora mnja le.. hee ikut sapa lagi kihkih... k la dah penat len kali update lg noo....