Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Tuesday, August 16, 2011

Salam Ramadan

Salam sayang buat semua.. emm lama sungguh x update blog ni.. Agaknya.. follower pun dah lari kann.. Susah sungguh nak curi masa untuk semua nie, sejak pindah ke Jabatan baru nie rasanya 2 kali je kot sempat aku add new post.. hmm  hari nie dah pun masuk hari yang ke 16 berpuasa.. Alhamdulilah.. dah 2 tahun kami berpuasa ni Kedah.. Yang palinng bestkan.. aku tak payah lagi nak berebut balik kampung mana.. Sah.. sah lah aku x p manaa.. tp tu la feeeling utk nyanyikan lagu balik kampung tu still ada.. lagu feveret tuuhhh.. Hmmm baru rayaa.. dn persiapan hari raya belum lengkap lagi ne.. Hari jumaaat lepas baru bli kasut raya kat anak2.. Hmmm penat nyerrr dah bawa semua ngan amani pun aku heret.. Last2 aku gak yang tak boleh nak control.. Apa taknya semuanya nak beli on d spot.. pengsan ...So ceritanya kena la amik cuti bawa p shoping raya...

Monday, June 20, 2011

Al-Fatihah buat tersayang..


Sayangku...
Al fatihah  dan moga dikau kekal bahagia di sisi org-org beriman..Yaa allah walaupun genap 2 tahun Ammar pergi namun aku masih dapat merasakan kehadiran dia. Hari ni adalah hari aku melahirkan dia.. Secara tiba-tiba suasana dan keadaan menerpa di ruang mataku.. Kejadian mu Ya Allah.. Aku bersyukur.. Ammar pergi dengan aman.. Ya allah hanya pintaku .. suatu hari nanti ketemukan lah aku dngan anak ku ini.. Aku terlalu merinduinya.. 

Syukur padamu Ya Allah, alhamdulilah ku perolehi Amani Insyirah.. Kembar Ammar..

Monday, June 13, 2011

Amani dah 8 month

Amani Insyirah.. dah semakin sihat.. well kena follow up selalu.. dok kena selalu g KMC. Dr Sharifah tu mmg baik orangnya. Penerangan yang diberikan memang jelas dan mudah difahami. Seronok tgk perkembangan Amani.. Sekarang dah 9.5 kg.. Huhuu dah x larat nak dukung tau!
Amani ni my mom said sikap dia cam aku hehe masa kecik2 dulu.. Chubby n nak tido bawa naik keta tido la dia.. Alalaaa.. dah anak ibu..kan.. mesti aar ikut .. Keletah amani nei mcm2 nakal. X dok diam de je kerja dia nak wat.. mm kalau dok dalam walker tu ke main laju je.. Vrooommmm!!!!
Skarang ni dah pandai main ngan abang n kakak. Ha dah tumbuh gigi.. Allaaaaaa come je gg dia.. baru tumbuh sebatang.. Mulut tu mmg riuh.. mcam la dia bunyi sora rimau la, sora mnja le.. hee ikut sapa lagi kihkih... k la dah penat len kali update lg noo....

Sunday, May 22, 2011

Amani tak sihat.. Siann dier..

Amani Insyirah Si Manja ku itu masuk wad semalam (20/05/2011). Ketika usianya mencecah tujuh bulan dengan seberat 8.6 kg diserang asma sekali lagi. Kali ne lagi teruk dari dulu.. Mula-mula selsema diikuti dengan batuk lama tak ilang2. Berapa kali dah amik ubat tak lega juga.. Akhirnya amani kena asma. Start dari hari rabu hingga hingga kamis dok ulang alik p sedut gas di Hospital Jitra. Namun x juga ada petanda lega asmanya tu. Second day Amani di beri ubat Salbutamol (ubat penat). 3 kali makan amani jadi merah2 ka muka seluruh badan.. Aku dah panik kenapa plak tetiba jadi camtu.. sebab sedut nebulizer tu ka.. Tapi dulu sedut dia ok je. Tapi sebelum p sedut amani de amik ubat homeopati.. Aku  rasa mungkin ubat tu berlawan dengan ubat hospital.. enta aar.. amani jadi teruk.. alaergiknya menjadi2.. muka yang putih gebu tu jadi merah menyala. Aku jadi x keruan..Sian amani.. Malam tu amani deman teruk.. 40 darjah celcius.. Aku gabra camna nak wat ni..Bawa dia p ospital pukul 10 malam.. Dr masukkan  ubat bontot (hehe) utk cepat surutkan demam.Tapi jadi lain plak.. kalau tak kat muka je merah2 ni seluruh badan plak merah2. Alergik ubat rasanya.. Demam dia tak kebah2, selsema , batuk dan asma pun tak hilang.. Aku risau sangat.. 4 hari dah dok jaga Amani..

Keadaan aku tak payah citer la.. penin, kepala bergegar macm2 la.. tak cukup tido.. mklumlah jaga dia sorang2.. Anyway thanks to my beloved mama n abah dan anak2 yang banyak membantu menjaga amani. k sambung citer.. so malam tu juga aku ditemani abah ke Hospital KMC, Alor Setar. Sampai kat sana rupanya tak ada DR PAKAR yang ado dr stanby jee. Aku pun buka la citer yang amanii maybe alegik ngan ubt penat Hospital bagi.. bla.. bla.. then dr bagi ubat alahan n sedut gas lain sebb dia penat. Alhamdulilah pas makan ubt tu merah2 kat badan surut sikit.. tapi de beberapa yg tak hilang juga..  Tp demam amani x kebah2.. So mak aku suh pi pakar kanak2 kat KMC.. Well u know la hospital swasta sahih charge beribu.. Demi anak tercinta ku korban.. Duit bleh carikan..


Dr Sharifah yang periksa amani.. So sekali lagi aku pun cerita la kes dia.. Disebabkan deman dia stil tinggi > 38 celcius dan still penat dr suruh masuk wad.. So.. aku pun masuk la wad sekali.. huhu Fobianya aku dok kat wad tu.. Macam2 aku pksa diri, demi amani kena masuk gak.. Amani ok je dok wad seronok je dia cce tengok gambar tu cam tak sakit pun kan.. Tapi dada dia dok bunyi kuat.. demam pun stil ada..Amani dirawat dengan nebulizer 2 jm sekali .. huhu sian dia.. kena makan ubt lagi 4 jam sekali.. Amani merengek jenuh la dukung dia keliling wad tingkat 4 tu.. Sakit pinggang ku.. dah la mak dia ni kecik.. 

Hari nie 21/5/2011-amani kuar spital.. tapi perlu rawatan susulan pada 24/5/2011 nie.. dr nak tengok perkembangan dia.. Harap amani cepat sembuh.. Aku sedih tengok dia camni.. Tpi aku tau amani kuat.. Amani sayan ibu...n ibu sayanggggg amani.. Sesekali tgk dia teringat zaman kanak2 aku.. mcm dia juga la.. Dok ulang alik p hospital sebb asma nie jugalah.. Moga bila dia besar asma nie hilang..  Aku penat tak terhingga la.. terhoyong hayang gak la.. Esok aku dapt mc.. emm boleh la rest kejap.. betulkan mana yang sakit2 nie.. EMM di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih buat semua jururawat tingkat 4 KMC yang banyak membantu, Dr Sharifah yang soo sweet, mama n abah yang sentiasa ada disisi kami, mazni sahabat @ kembarku yg sentiasa memberi smangat waja dan perjuangan dan abah sham yang begitu caring.. Tq u all luv u so much.. muahzzz.. k la dah pukul 12.45 nie nk tido.. gud nite..

Saturday, April 23, 2011

Wajah -wajah si comelku..


Dalam sedar x sedarkan.. Amanai Insyirah dah pun masuk 6 bulan, Adriana dah 8 tahun, Afiq dah 6 tahun.. Memmm cepat anak2 ni membesarkan. Aku puas melihat anak2 ni membesar didepan mata. Sakit, jatuh, gaduh dan macam2 lagilah.. semua di depan mataku. Alhamdulilah.. Semua ni kurniaan ALLAH. Tq Allah..

Kakak dan Afiq dah boleh diharapkan. Kalau suruh tengokkan adik tu dah pandai. Amani pun bukan main suka klau abang n kakaknya main dengan dia.. Tersengih jee.. Sekarang dah pandai gelak mengekek.. MM nak tido pun susah.. tahan mata sebab nak main. Kalau kat umah mmm de la dalam 15 min kut dia tido pastu.. bgn nak main la apa lgi.. Amani dan 8 kg huhu kami semua dah x larat nak dukung. pakat sakit pinggang.. Abah lagi la.. kalau dukung amani mm jap g penat la.. Sian Abah.. Amani suka sgt kalau Wan dia dukung, hmm nak manja ngan sapa lagi kan..

Diorg kata anak aku yang ke 4 ni.. Lain sikit.. lain mcmana tu.. Kata org yang aku jumpa la.. cthnya makcik pakcik aku la.. Amani nie cam muka akak aku.. Kak INA. macam anak dia.. Si amani ni putih gebu n boleh tahan big size dari anak2 aku yang lain.. Hehhe apa la.. camna la bleh p ikut muka akak aku tuh.. Agaknya masa aku ngandung tu ingat dia kot.. hehhe.. Apa pun x kisah la..

Saturday, March 19, 2011