Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Saturday, November 20, 2010

Dah jadi abang..

Buat Ammar..

Sayang.. Ammar dah jadi abang sekarang.. Ammar dapat adik perempuan.. Ibu beri namanya Amani Insyirah.. Suatu hari nanti ibu akan ceritakan mengenai Ammar pada adik. Ibu doakan Ammar sentiasa bahagia disi orang-orang yang beriman. Doakan kebahagian kami. Maaf ibu Ammar ibu tak dapat pertahankan mahligai, ibu harap Ammar tidak salahkan ibu di atas semua yang berlaku..  Bukan kehendak ibu sayang.. tapi suratan takdir.. 

Ammar, ibu tidak dapat selalu menziarahmu sayang.. namun doa ibu dan kasih sayang ibu tak pernah pudar.. Malah kakak dan abang Ammar sentiasa ingatkanmu.. Kami tak pernah lupakan mu sayang.. Walaupun kehadiranmu hanya sketika.. namun kami sayang Ammar.. Ibu harap dia akan sentiasa menziarahi mu sayang.. Ibu harap dia akan kotakan janjinya akan menjaga pusaramu..

Ibu sentiasa mohon pada ALLAH semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti.. AMMAR we miss u..

rindu sayang kamu..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.