Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Saturday, November 20, 2010

Dah jadi abang..

Buat Ammar..

Sayang.. Ammar dah jadi abang sekarang.. Ammar dapat adik perempuan.. Ibu beri namanya Amani Insyirah.. Suatu hari nanti ibu akan ceritakan mengenai Ammar pada adik. Ibu doakan Ammar sentiasa bahagia disi orang-orang yang beriman. Doakan kebahagian kami. Maaf ibu Ammar ibu tak dapat pertahankan mahligai, ibu harap Ammar tidak salahkan ibu di atas semua yang berlaku..  Bukan kehendak ibu sayang.. tapi suratan takdir.. 

Ammar, ibu tidak dapat selalu menziarahmu sayang.. namun doa ibu dan kasih sayang ibu tak pernah pudar.. Malah kakak dan abang Ammar sentiasa ingatkanmu.. Kami tak pernah lupakan mu sayang.. Walaupun kehadiranmu hanya sketika.. namun kami sayang Ammar.. Ibu harap dia akan sentiasa menziarahi mu sayang.. Ibu harap dia akan kotakan janjinya akan menjaga pusaramu..

Ibu sentiasa mohon pada ALLAH semoga kita akan dipertemukan suatu hari nanti.. AMMAR we miss u..

rindu sayang kamu..

Friday, November 19, 2010

Kehadiran mu.. sayang

 Amani Insyirah

Alhamdulilah.. tanggal 10/10/10 tarikh gemilang ini. Lahirlah suci dan murni seorg bayi perempuan tepat pukul 1.59 petang beratnya 2.92 kg.. Ya Allah setelah aku kehilangan kasih sayang seseorang ketika inilah kau berikan aku penggantinya buat penawar duka.. Sungguh jika aku bersendirian aku lemah dalam perjuangan ini.. Tidak mampu aku akhirinya.. Tatkala perpisahan yang datang tanpa ku jemput, derita dan sengsara menahan gelora jiwa.. Padamu Ya Allah aku mencari ketenangan.. Benar hanya kembali padamu aku tenang menghadapi dugaan mu.. Kebahagian yang dibina selama 8 tahun ini hancur sekelip mata.. Aku jua tak pasti adakah kerana keegoan aku atau dia.. Siapakah yang bersalah.. seringkali persoalan inilah yang akan di tanya.. Bagiku.. aku juga bersalah namun selama mana aku sanggup pertahankan.. Aku redha dengan ketentuanmu.. Aku percaya semua ini adalah yang terbaik darimu untuk hambamu ini..

Kekuatan ini anugerah darimu Ya ALLAH. Aku juga tidak menyangka aku mampu lahirkan bayiku ini sendirian tanpa dia disisiku.. Sebagaimana tahun lepas aku lahirkan Ammar. Aku jadi fobia untuk ke hospital dan sebagainya.. Hendak kuceritakan kandungan ku kali ini juga aku disahkan polyhydrominus juga.. ya allah betapa sedih dan takutnya aku akan kehilangan lagi bayiku..Aku berserah padamu.. sepenuh jiwa dan ragaku.. ku mohon agar biarlah bayiku ini sihat dan seperti bayi yang lain.. Aku tak mahu kehilangan lagi.. Sudah dua jiwa aku kehilangan da aku tak mampu untuk menghadapinya lagi. Kaulah yang Maha ESA.. syukur imbasan 4D yang aku lakukan di hospital pakar menunjukkan bayi aku  kali ini sihat keadaanya.. Cuma uri ku ke bawah.. Kemungkinan jika uri masih dibawah ketika aku akan melahirkan.. aku  akan dibedah. Aku pasrah.. biarlah apa pun asalkan bayi ku ini selamat. Aku perlu cari kekuatan untuk hadapi semua ini.. Hanya kau yang mampu YA ALLAH pada saat ku akan melahirkan syukurlah uri ku kembali ditempatnya.. aku boleh bersalin normal.. 9/10 aku dikehendaki masuk ke hospital kerana dah terlewat dari tarikh yang ditetapkan.. Aku masih belum merasa sakit namun dalam hati  ni biarlah cepat bayiku keluar tak sabar rasanya nak lihat dia.. Akhirnya doktor membei keputusan aku akan diinduce.. inilah pengalaman pertama kena induce sebelum ni 2 orang anak aku lahirkan normal.. kecuali Ammar special case.. MISS u AMMAR..Sakit? huhh sakit sungguh .. Tetiba sakit tu cam datang menyerang je.. Terima kasih para doktor dan nurse kerana membantu ku melahirkan si comel. Terima kasih pada abah dan mama yang menjagaku dan menyayangi kami.

Kelahiran anak ini yang ku beri namanya Amani Insyirah ku sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Kakak dan Afiq juga gembira. Melihat adik baru mereka.. Dulu mereka pernah kehilangan syukur mereka berpeluang juga. Dibelai, dicium berkali-kali adik mereka.. Alhamdulilah... permata hatiku kini hadir memberikan kebahagian buat kami sekeluarga..