Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Monday, July 5, 2010

Tidak ku sangka jadi begini..

Yaa.. allah.. inilah  ujian dan dugaan mu lagi.. tabahkan hatiku yaallah , aku hanya hambamu yang lemah.. tak tertahan rasanya tersiksa begini.. tentu ada hikmah disebalik yang berlaku.. Sama ada menyedarkan aku atau dia.. Tapi kenapa dia langsung tak kesiankan aku.. kasih sayangnya hanya di bibir. Dalam hati bergelodak perasaan lain.. Puas sudah ku mencari akhirnya biarlah aku mengalah.. Salahkah aku jika hanya mencari kebahagian yang tidak kekal ini. Biarpun hidup sedetik cuma di dunia ini. Ingin jua ku nikmati setitis bahagia. Alangkah kesiannya anak-anak kecil ini yang tidak mengerti apa-apa.. Sedangkan mereka perlu membesar dengan bimbingan dan keluarga yang bahagia.. Apalah dayaku.. aku sudah mencuba namun sinar itu nampaknya makin jauh..Mampukah aku menipu hati ini lagi... mampukan aku  menahan segala derita di dada.. Mengapa pula aku menyiksa diri demi sebuah impian yang tidak pasti. Jika itu yang kau kejar dunia semata-mata. Pergilah.. tidakkan ku halangnya buat kali ini. Demi akhirat yang kau cicirkan.. Suatu hari nanti kau akan sedarilah.. betapa ruginya kaca ini yang kau rendahkan harganya..  Demi anak-anak tercinta.. biarlah mereka tidak tahu apa puncanya apa yg berlaku.. tapi percayalah akan ku didikmu.. dan belaimu hingga tak pernah rasa kurangnya kasih sayang ini.

2 comments:

  1. Sabar kak... di sebalik setiap ujian tu, ada kemanisan...

    ReplyDelete
  2. Mudahan dikurniaan ketabahan dan kesabaran dalam hati ini..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.