Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, July 29, 2010

Syukur Alhamdulilah..

Salam.. semua..
Alhamdulilah, seorg sahabat baikku telah pun selamat melahirkan bayi lelaki.. Comel sgt baby adie.. Namanya pun sedap Muhammad Afif Abqari.. Terus aku tersenyum.. Afif.. Salah satu nama anakku Ammar Afif.. Memang masa nak bagi nama tu aku dan adie memang pernah suarakan hasrat  untuk memilih nama tersebut.  rasa macam Afif lahir semula.. Mudahan Muhammd Afif Abqari menjadi anak yang soleh dan beriman. Sayang Afif..sayang Muhammad dan Tasneem... Adie.. terima kasih  ye.. kerana sentiasa menyokongku.. dan menasihatku..


Muhammad Afif Abqari

 Aku pun berharap anak dalam  perutku ini selamat dilahirkan.. Kawan2 doakan yang terbaik buatku. Permudahkanlah untukku melahirkan anakku ini. Kini kandungan ku dan pun mencecah 29 minggu. Tapi macam tahun lepas aku  menghidap Poly (air ketuban banyak). Apa yang ku layari di internet banyak yang merisaukan aku. Aku harap anak ini sihat dan normal. Ya. Alllah bantulah ku yang daif dan serba kekurangan ini...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.