Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Sunday, July 4, 2010

Aktvt petang ini..


Aktiviyi pada petang ini, membuat kek coklat kukus bersama Adriana dan Afiq.. Haha.. seronok diorg boleh buat kek sendiri.. Skrg dua2 dah kekenyangan makan kek. Dua-dua dah terbaring tengok tv. Mmm.. sori la.. ibu tak larat la nak bawak p taman. Dalam keadaan macm nie.. nak pi jalan mana2 pun aku dah tak larat.. Kena fikir banyak kali.. Baru 6 bulan tapi  disebabkan ada masalah lain.. Tu yang kena berhati2, aku harap aku akan selamat dan mudahan dipermudahkan semuanya.

Mmm ayah budak2 nie tak balik lagi.. dah berapa dok keja malam.. Hinggakan sabtu dan ahad pun kena kerja.. Nak buat macam mana dah tugas.. Selagi tak siap tugasan macm tu la.. Aku kira beruntungla.. tak payah ke opis kerja mmg la sampai bila pun tak akan abiskan.. Kadang2 anak2 kecil ne merunggut juga.. mungkin juga merajuk dengan si Ayah.. Lewat malam baru ayah balik.. Si afiqlah yg selalu mengadu ayahnya tak sempat nak layan dia..  Huhu sabarlah anakku.. Mungkin ayah pun tahu masa dia amat terhad dengan keluarga.. Tapi aku harap aku sentiasa ada semasa usia kecil mereka ini, masa yang paling berharga untuk ibubapa disisi anak2. Melihat anak2 membesar. Harapan ku semoga anak-anakku sentiasa gembira.. Mudahan suamiku akan sentiasa disisi kami...

3 comments:

  1. waaa... bestnya kek kukus... kek muffin sy belum jd lagi! hehe... hari ni azam nak buat.. jap gi nak gi grand union beli barang:d.. hehe, ini kerja ku bercuti..:P teringin, nnti dah beranak lambat pulak lagi boleh buat. teringin nak mkn air tgn sendiri.. ahaks

    ReplyDelete
  2. hee.. dila.. wat jgn tak wat.. mesti muhamamad ngan tasneem suka..

    ReplyDelete
  3. mak aiii....sedapnyerrr.....nyummy...terliur denn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.