Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Sunday, June 20, 2010

Setahun sudah berlalu..

Emm.. lama betul aku tak jenguk2 blog yang aku bina nie.. Kenapa tetiba berenti.. Aku  yang kering idea,  rasa tak nak berkongsi apa2, tak tahu nak luahkan perasaan. Entah.. tapi hari ini aku terpanggil menjenguk seketika. Walaupun tak ada yang menjengah tapi ku taipkan juga bait-bait cetusan rasa hati ini.


Ya, allah .. tanpa kusedari setahun sudah berlalu.. aku rasa bagaikan baru sahaja aku mengulit sakit, merasa sentuhan anakku yang ketiga ini. Tak penah kulupakan mu..aku akui aku jarang sekali menjengguk mu dipusara.. tak ingin ku menitiskan air mata ini membasahi pusaramu.. Namun setiap nafas ini tak henti ku sebut dan mengingati mu..Ku rindukanmu..Kaulah yang teristimewa..

Ammar Afiq nama yang diberi untuk mu.. hari ini genaplah setahun usiamu.. Tika ini anak-anak kecil sepertimu agaknya dah mulakan langkah pertama. Melihat anak rakan sejawatku.. mula ku mengenangkanmu.. tersenyum sendiri menganggankan wajahmu.. dah keletahmu... Cukup menghiburkan ku seketika. Aduhai hati dan naluri seorg ibu. Pada hari lahirmu ini.. ayahmu tiada disisi ibu.. Ayah pergi berjuang perlawanan di Penang. Sayu juga hati.. Tak mengapalah.. Ayah tentu ingat mu.. Ayah tentu sayangkanmu.. Biasanya dihari lahir aku sering membuat makan-makan atau jamuan kecil-kecilan untuk anak-anak. tapi kali ini aku hanya hadiah alfatihah dan juga surah yassin buatnya. Agar dia sentiasa tenang dan gembira di syurga.

Sayangku.. moga.. dikaulah pembimbing ibu dan saudara maramu di syurga kelak.. Doakan buat ibu ini dan keluarga mu ini sentiasa berkekalan dan bahagia.. Dikala langit mendung berlalu ku tetap berharap langit cerah kan menjelma kembali.. salam sayang dari ibumu..