Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Wednesday, January 6, 2010

1st day @ School



Alhamdulilah, Kakak n Afiq dah pun bersekolah. Semua urusan persekolahan dari  pembelian peralatan sekolah, pakaian sekolah dan pendaftaran  dah selesai. Syukur, anak-anakku ini senang ke sekolah. Tidak lah banyak karenahnya untuk ke sekolah.

04 Jan 2010-First day ke sekolah, kakak masuk pukul 7.20 pagi, Afiq pula ke tadika masuk pukul 8.00 pagi. Hari pertama mereka aku dan husbnd amik cuti. Kakak dan afiq tak sabar rasanya nak ke sekolah.  Seronok betul kakak nak ke sekolah. Maklumlah semua benda baru baginya. Jumpa kawan-kawan baru, baju, kasut pun baru, emm cik gu pun baru juga. Anak-anak sekarang dah cepat matangnya, tak de  yang menanggis  dan tak banyak karenah. Semua duduk ditempat masing2 dan diam je bila cikgu bercakap. Seronok tengok wajah sorang-sorang, semuanya comel-comel belaka. Kakak di letakkan kelas sementara di kelas hijau, kakak kena ikuti program Transisi selama 3 minggu, tapi cikgu kata mungkin seminggu je lepas tu murid-murid akan di nilai dan ditempatkan di kelas masing-masing.  Ramai ibubapa yang menunggu anak-anak mereka. Anak-anak yang ke sekolah ibu bapa pun sekolah juga. Hee.. Kakak jumpa ramai juga kawan-kawan setadika dulu. lagipun dia dah biasa dengan alam persekolahan jadi tak de la risau sangat. Aku kononnya tak risau...Lepas dengar taklimat daripada cikgu Rasnah, aku dan husband tinggal kakak dengan kawan2 dan cikgu barunya, kami perlu menghantar Afiq pula ke tadika Kemas.

Afiq pula ragamnya tak banyak buat hari pertama. Semangat nak ke sekolah, ditambah pulak dengan cerita-ceriti akaknya yg penah bersekolah kat situ. Afiq lengkap dengan pakaian seragamnya dan beg Ben 10. Kami  tiba lambat sebab dengar taklimat cikgu akak tadi. Dah ramai ibu bapa yang hadir. Afiq je yang lambat masuk heee.. tak pala cikgu zah tak marah punya. aku tunggu afiq sekejap nampak macam dah ok, aku n huband pun balik, tak boleh dok lama-lama nati lain jadinya. Tapi de sorang budak menanggis harap Afiq tak ikut jejak.. he.hee Afiq kan kuat.. cam ayah..Persekolahan afiq hari tu semuanya LINE CLEAR.


Emm kakak, alhamdulilah kakak nie independent orangnya, tak sempat nak pergi tengok masa dia tengah break, masa aku sampai tu dia dah masuk dalam kelas, dah makan katanya. Pagi tu aku bekalkan dia Nasi goreng planta dengan air ribena. Sedap Tu!! Kakak tak nak beli kat kantin, susah katanya tak reti nak beli. Suh aku masakkan untuknya. Heeh.. kakak kata ibu masak lagi sedap. Huh.. pandai la akak pujuk ibu yer... Kakak balik 12.40 tgri, ajar akak kat mana nak tunggu van tok su. Lepas nie kakak pegi umah pengasuhnya , oetang pukul 3.00 ken ake sekolah agama, pukul 5.30 petang baru la habis sekolah. Emm , penatnya aku tgk jadual anak-anak sekarang nie. Full sangat. Aku dulu emm rsanya tak la macam nie, keja sekolah pun tak banyak, sekolah agama pun tak pegi. Mengaji al-quran pun sekejap je. Boleh la main ngan tgk tv.. Siannya aku tgk anak-anak aku ne, balik je sekolah sempat la main kejap, pastu dah berkejar  nak mandi, makan, buat kerja sekolah, sempat la tgk tv sikit pastu dah penat terus tido. Baru nak serasi dengan dunia baru.

Aku pulak, baru nak serasi dengan kerja-kerja yang makin bertambah. Tanggungjawab pun dah makin bertambahlah. Tak sempat nak berehat dan goyang kaki dan tangan la pas ni. Semua kena wat cepat. Aku dah atur jadual pun. balik umah terus kena basuh baju, masak, siap seterika baju, tgk kerja sekolah, huhu.. dah kena buat kerja  rutin la ni. Malam tido lambat pagi pula kena banguna awal. Teringat plak kat mama kan, dlu mama pun cam nie juga.. Berat tanggungjawab ibu  nie kan, tapi bila dapat pikul dan penuhi tanggungjawab tu rasa puas sangat.


































Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.