Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Monday, December 14, 2009

Preggy or Period??

Bestnya perasaan semasa dapat tahu I'm pregnant. Entah lah... kini perkataan tu aku sendiri tak dapat nak ulaskan atau gambarkan maksud dalam jiwa ini. Redha di atas takdirmu, Ya Allah.. kau berikanlah ketabahan pada hati ku ini. Kawan-kawan ramai yang dah melangkah ke alam ibu. Malah ramai juga yang menambah bilangan ahli keluarga. Tapi aku.. masih belum berjaya menambah bilangan ahli. Dalam hati kami sebenarnya dah pun berlima, Tapi di alam nyata ini tidak.

Bila dapat tahu berita gembira kawan-kawan, aku pun tumpang gembira juga, senyum dibibir tak pernah lekang. Memberi harapan buat mereka, mendoakan agar mendapat anak yang soleh, sihat dan sempurna sifatnya.  Kenapa pula terdetik dalam hati ini cemburu kepada mereka, rasa diri ini serba kekuranga. Padahal aku sudahpun mempunyai dua cahaya mata yang amat comel. Masihkan aku tidak bersyukur dengan kurniaan mu ini. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah..

Berbisik pada hati, sabarlah.. rezeki mereka semua, rezekiku belum lagi. Kuserahkan segalanya kepadamu, seluruh hidupku, ku serahkan segalanya padamu. Hanya kau sajalah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi diriku dan keluarga ku ini. Hikmah di atas segala yang berlaku. Memberikan peluang padaku untuk membina semula keluarga ini yang hampir layu suatu ketika dulu. Terima kasih pada suamiku kerana berada di ketika aku memerlukan sokongan. Terima kasih kerana menerima diriku seadanya. Maafkan aku jika aku  selalu menyusahkan mu.

Perasaan aku selalu bercampur baur, teringin untuk hamil semula, tapi aku risau peristiwa lama kan berulang kembali, aku bimbang mampukan aku menghadapinya lagi. Mampukah aku melahirkan anak yang soleh. Pernah jua ku bertanyakan perkara ini pada suamiku, baginya biarlah aku berehat dulu. Ya, aku perlu berehat setelah lama aku menanggung kesakitan, perit dan bermacam lagi. Semua itu menjadikan aku insan yang tabah. Syukur padamu. Kadang-kadang, masih terasa kaki kecil itu menendang kuat dalam rahimku, meminta-minta aku membelainya setiap waktu. Terasa dia dalam diriku. Seakan tidak dapat dipisahkan lagi. Masih terbayang wajah kecilnya yang sayu dan suci itu di kotak fikiranku. Masih segar semuanya, masih jelas.

Perasaan aku juga bercampur baur, mungkin kecewa mungkin tidak, bila aku didatangi period seperti biasa. Tiap-tiap bulan rasa seperti bermain teka teki. Ada ke tak.. Kalau ada pun tak pa, kalau tak de pun tak palah. belum dianugerahkan lagi. Mungkin aku mengharapkan pengganti tapi bagiku tiada penggantimu. Hanya ku mendoakan semoga dikurniakan zuriat yang soleh, dan yang lebih baik. Kau terlalu istimewa..

Aku harus sedar, aku harus positif, semua yang berlaku menjadikan aku insan yang lebih tabah, matang dan redha di atas segala yang telah ditakdirkan buatku. Life goes on.. Right, aku harus yakin bahwa masa akan datang, masa depan menanti ku di hadapan. aku harus buka minda ku untuk berlari dengan pantas ke hadapan bersama kenanganmu, ku bawa agar ia menghiasi hidupku, menjadi sebahagian hidupku. Semua ini adalah indah, anugerah Allah, hikmah daripadanya untuk menjadikan ku kuat dan terus beriman padanya. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.