Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Saturday, December 12, 2009

OPTIMIS kah aku??

Pada 6-8 Disember 09, aku menghadiri Seminar Kehebatan Minda dan Imej Positif atau OPTIMIS 09'. Seminar berikut di adakan di Swiss-Garden Golf Resort & SPA, Damai Laut, Perak. Tergerak hati ini untuk menghadiri seminar sebegini. Sebenarnya dalam diri ini masih tercari-cari sikap positif dalam diri ini. Selalunya yang negatif la yang muncul menguasai minda. Seminar yang kuhadiri ini memang best. Dibarisi penceramah yang dikenali iaitu Tengku Dr. Asmadi, Sharifah Shawati, dan juga Prof Madya Dr Syarifah Hayaati ternyata meransangkan semangat semua perserta yang hadir. Seramai 140 peserta yang hadir dalam seminar yang dianjurkan oleh UTM ini. Setiap tahun mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai negeri. Ini merupakan kali pertama aku menhadri seminar spt ini.

Banyak yang ke perolehi daripada seminar ini, apa yang dapat ku simpulkan disini. Minda kita yang di cipta oleh Allah sememangkan cukup hebat. Cuma kita sahaja yang tak sedar akan kehebatan itu. Minda yang cantik, merupakan minda yang sentiasa berfikiran positif, baik dan sentiasa mengingati Allah. Walau sejauhmana hebatnya kita nie jangan sesekali melupakan Yang Maha Esa. Banyak kelemahan yang dapat ku semak pada diri ini. Harap aku dapat perbaikinya. Aku perlu potisif terhadap diriku, pekerjaanku. Barulah aku boleh maju ke depan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.