Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Saturday, December 12, 2009

Happy Birthday My Princess Adriana Fatin-2/12/09

Ohhh... mcam mana la plak aku boleh terlupa nak celebrate birthday kakak ni. Huh.. dah makin pelupa aku nie.. Anak baru dua dah lupa belum sampai sepuluh lagi. Adohai.. rasa ralat sangat. Dah terlewat seminggu pun. Tu pun nasib la my hubby yang call bgtau pasal birthday kakak nie. My hubby pun terlupa juga.. MM masing2 dah terlupa nie.. Biasanya aku buat alert kat hanphone. Tapi lepas tukar hp lupa plak nak addkan semula remider tu. Sorry ye kakak.. Ibu terlupa laaa.. Masa aku dapat tahu tu aku masih lagi di Damai Laut.

8/12/09, Seminar dah tamat dan boleh balik rumah.. sampai di rumah dalam pukul 5.30 my hubby belum lagi balik dari kerja, Terdetik hati nak buat suprise party untuk kakak. Nak cover balik yang terlupa tu.. He.heee.. Nasib my hubby setuju, Thanks yang.. Tolong sediakan persiapan majlis harijadi kakak yg sederhana tu. Dalam masa yang singkat tu aku  segera beli hadiah dan kek untuk kakak. Hadiah afiq pun ada juga. Kena bli kalau tak mengamuk la dia. Aku dan suami blikan anak patung dan juga scooter sebagai hadiah. Kejutan bermula bila suamiku ambil anak-anak kat rumah pengasuh. Masa tu la,.. aku buat persiapan. Dalam pukul 7 mlm rasanya, aku menyorok kat tepi dinding, lampu rumah semua ditutup, hanya 3 batang lilin je menerangi rumah. Aku standby tunggu kakak dan afiq masuk. SUPRISE!! kataku sambil berjalan ke arahnya membawa kek harijadi. Hehe.. tergamam kakak dan afiq terkejut nampak aku..  Best juga buat suprise ni.. Aku mmg sukakan suprise.. Tapi jarang plak org buat suprise kat aku..Sebab kadang2 aku ada instict tau. Simple je majlis tu.. Cukup untuk kami berempat je.. Hmm kalau la ada Ammar.. tapi aku rasa Ammar sentiasa di sisi kami walau apa jua kami lakukan. Anak-anak ku pun begitu sentiasa ingatkan adik mereka. Mudahan Ammar tenang di sana.. We miss u... so MUCH..

2 comments:

  1. Happy befday Adriana..
    Semoga terus menjadi anak yang baik buat ibubapamu..
    =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.