Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, December 3, 2009

Adriana dah konvo..

19/11/2009 


Alhamdulilah, anak aku yang sulung ini dah pun tamat tadika kemas. Cabaran sebenar kakak akan hadapi selepas ini. Acara bermula pada pukul 830 pagi bertempat di Dewan Orang ramai, Trolak Utara. Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan dan juga lagu kemas. Tetamu VIP yang akan memberikan sijil pada anak-anak adalah Kushairi, Adun Slim River. Majlis dimeriahkan dengan gerak rama dari tadika kakak. Gerak rama ini lah yg melayakkan kakak dan juga rakan-rakannya mewakili tadika kemas Perak di Peringkat Kebangsaan. Wah.. bangga sungguh aku pada ketika itu. Anak aku terpilih mewakili negeri Perak. Teserlah bakat kakak gitu.

Ramainya ibu bapa yang hadir, semua bangga dengan pencapaian anak masing-masing. Semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Comelnya kakak memakai jubah konvo. Harapan ku semoga pengalaman ini akan lebih menyemarakkan semangat dan iltizam untuk terus belajar. Masih jauh perjalananmu, selagi dayaku ada akan ku sokongmu hingga ke puncak jaya.

Tahun hadapan 2010, akan menjelma, bermula alam persekolahan yang penuh cabaran. Masa zaman aku dulu berbeza sangat. Zaman skarang semuanya kena pantas belajar, kena bersaing. Kakak yang nak masuk sekolah aku yang dok gelabah bolehkah kakak sesuaikan dirinya di sekolah. Siapa pula nak tenggokkan kakak jika ada budak yang buli dan mengambil kesempatan dan sebagainya bermain difikiran. Perasaan seorang ibu sentiasa ingin melindungi anak-anaknya yang membuatkan perasaanku dibuai begini. Aku sepatutnya yakin dengan kakak. Ya. semestinya kakak boleh.. Tak sabar nak belikan kakak peralatan sekolah, baju, kasut dsbnya. Tak sabar pula nak hantar kakak ke sekolah, sambil melambai tangan dan dalam hati berdoa kejayaannya. Tak sabar juga melilhat kakinya melangkah dengan berani dan yakin masuk ke pintu pagar sekolahnya. Cepatnya masa berlalu, kakak dah pun nak masuk sekolah.
 
Afiq pula masuk tadika, mm bagaimana la pula ragamnya. Biasanya pagi2 susah dia nak bangun, kalau bangun siapla mengamuk sakan. Semua tak kena. Inikan nak kena bangunkan dan mandi pagi tiap-tiap hari. Cabaran juga nie bagi aku nak handle  Afiq kena ada caranya. Kakak dulu senang je, sebb dia memamng nak sangat pergi tadika tu. Tapi aku rasa mula-mula susah juga tapi lama-lama dia ok la. Ayat biasa memujuk hati. Harap aku tak akan terlewat pergi kerja. Mudahan Allah akan permudahkan segala urusanku. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.