Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Monday, November 9, 2009

Sukan Tabika Kemas 2009

Tabika Kemas Bandar Behrang 2020 telah menganjurkan hari sukan tahunan pada Sabtu, 7 Nov. 2009 bertempat di padang tabika kemas. Acara dimulakan pada awal 8.30 pagi. Semangat bersukan terselah di stiap wajah anak-anak ini. Ramai jugalah ibu bapa yang hadir untuk memberi semangat dan juga dorongan buat anak-anak tercinta. Begitu jualah aku dan suamiku tetap hadir melihat perkembangan anak kami yang sulung ini.

Pelbagailah ragam dan gelagat yang  tak kering gusi dapat dilihat. Persembahan anak-anak ini memang telus dan bersih dari sebarang hasad dengki dan iri hati. Mereka bermain tanpa pedulikan kalah atau menang yang pentingnya semua dapat sampai ke garisan penamat.  Acara untuk ibu dan bapa juga tidak ketinggalan, cabutan bertuah juga diadakan. Tapi nampaknya tahun ini tidak bertuah buatku.. mungkin di tahun hadapan bagaimana pula ya?

Tahun ini merupakan tahun terakhir kakak bersekolah di sini kerana tahun hadapan kakak akan ke sekolah baru, menemui kawan-kawan baru dan juga cikgu baru. Pastilah banyak kenangan kakak di tabika kemas ini. Terima kasih pada cikgu Zah yang tak putus-putus mengajar dan memanjakan anak gadisku ini. Sehingga kini  kakak dah boleh membaca, mengira dan juga mengaji. Alhamdulilah.. Semoga kakak terus berjaya..



Selepas ini, Afiq la pula pelapis seterusnya..Afiq pun dah mula setuju nak belajar di tempat kakaknya. Mudah-mudahan Afiq pun terus maju.. maju dan teruslah maju anak-anakku..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.