Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Monday, November 23, 2009

Kena HaCk ker??

Hari ni pagi2 lagi ada perkara yang mencemaskan rakan sekerjaku. Rupanya server dia kena hack oleh orang luar. Huh.. siapa la makhluk allah yang bijak sangat tu. Dah tak de keja ke.. nak hack web orang. Tapi tu lah setiap yang terjadi ada hikmahnya.Walaupun dalam keadaan yang tak tahu nak buat camana, situasi yang membimbangkan itu, aku berjaya juga contact sana sini untuk mohon bantuan. Lastly dapat telefon Prisma untuk mohon bantuan. Alhamdulilah, dapat bantuan dan kerjasama sepenuhnya dari mereka. Aku lihat bos2 pun cemas juga tapi emm penting juga rupanya web nie bagi mereka.

Walaupun begitu tindakan segera perlu juga diambil, lepas nie aku as "tokey server" haha.. baru dapat gelaran nieh.. kena la buat langkah2 pencegahan dari  diceroboh "hacker". Mmm camna tuh..aku blum dapat idea@ilham.. Tapi aku rasa tindakan kami tu dah betul.. kan..kan kawan2. ehee...

Pada Dila web nie sungguh bernilai dan ada makna bg dirinya. Bagi aku begitu juga ,aku dan Dila memulakan tugas kami dengan membina laman ini. Sayang sangat segala content, maklumat, everything dari tak de apa macam2 kami dah wujudkan. Hinggakan pernah juga muncul sebagai juara dan ranking yang tertinggi juga. Bukan nak bangga sangat tapi itu lah kenyataannya.. Nie semua dari hasil kerjasama dari pasukan. Emm, masih wujudkan pasukan sebegitu..

Dulu lain.. sekarang lain..

2 comments:

  1. hehe..dulu lain, skrg lain..de makna tersurat n tersirat tuh:d

    ReplyDelete
  2. hmm.. uhhh makna yang mendalam.. untuk mereka yang memahami sahaja :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.