Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Friday, November 13, 2009

Jom POSiTiF

Baru-baru ini, pengurusan kami ada buat beberapa perubahan struktur organisasi. Memantapkan lagi bahagian yang  sedia kecil ini. Bilangan kami tidaklah seramai seperti bahagian lain, tapi dengan semangat dan juga kepimpinan yang baik mampu menjadikan kami sama dengan bil. yang lain.

Perubahan yang berlaku ini boleh dikatakan telah lama diminta oleh ramai pihak. Sejak dari zaman aku mula keja di situ lagi ura-ura utk mewujudkan perubahan ini. Akhirnya tahn 2009 juga menjadi pilihan perubahannya. Tahun ini jugalah semua jawatan di isi selengkapnya. Dah cukup kuota..

Cuma yelah, perubahan ini perlulah lebih adil dan saksama. Adil dari segi apa ye.. Mungkin juga dari segi pembahagian tugas dan bidang. Setelah aku juga bertukar unit ke unit teknikal memang begitu menekankan perasaan. Dengan bos yang baru dikenali dengan caranya yang berbeza dengan bos yang lama dan rakan sekerja yang lain begitu menekankan. Maklum sajalah aku bukannya familiar sangt dengan hardware ni. Dulu kena handle sistem yang penuh dengan coding, carta alir, dan error dan debugnya. Kini aku perlu upgrade lagi kemahiran dalam bidang teknikal specialist server. Fuhh.. mencabar tu kan.. Pada mulanya rasa macam tidak juga diterima tapi itulah kena berfikiran positif, Jika masih lagi ditakuk lama bagaimana hendak maju ke hadapan. Bagaimana nak 'Mendahului Cabaran'. Wah, pantang anak melayu dicabar. Jadi aku bertindak secara rasional, cuba belajar dan cuba cari bahan2 yang boleh memberikan aku keyakinan. Dan akhirnya aku sedari tindakan aku memberikan kepuasan pada kerja yang aku lakukan. Walau tidak diberi penghargaan tapi aku bersyukur dengan kerja yang tetap ini.Semakin meningkat usia ini moga makin bijaklah aku .Moga-moga aku sentiasa dapat mengawal perasaan sendiri dan menghormati perasaan orang lain. Terdetik juga dalam hati adilkah aku?? betulkah aku?? dalam memimpin anak2 buah. Risau jika ada yang protes di belakang walaupun aku mengamalkan dasar terbuka tapi yelah.. org suka cakap kot belakang juga. Hmmm..

Jika direnung zaman kanak2 dan remaja, memang aku ni anak yang kuat juga memberontak.Tapi dengan didikan mama dan abah yang kuat displinnya dan garang, walaupun aku nie anak bongsu, layanan antara kami adik beradik tetap sama. Barulah aku mengerti kenapala mama selalu membebel, marah pada aku jika kerja yang aku lakukan tu bertangguh, dan biasanya mama akan paksa juga aku selesaikan kerja tu sampai siap. Mama amat mempercayaiku dan membiarkan ku berdikari sendiri. Aku tidaklah seperti anak bongsu yang manja yang kuar merengek gitu. Mama tak suka sangat perangai macam tu.

Itulah dengan didikan mama, aku sampai ke tahap ini. Besar pengorbanan ke dua ibu ayahku. Menjadikan aku insan yang tabah, kuat, berani. Mudahan aku akan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa melangkah ke hadapan.Resepi ini jugalah yang akan  aku didik anak2 ku.

Jom.. kawan2 kita berfikir positif, kdangkala apa yg kita rasa tak baik tu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita tak nampak sekarang tapi percayalah kita akan sedarinya juga satu hari nanti. Mungkin hari ini kita dikutuk, dimarahi, di benci, diumpat dan berpelbagai lagi tapi anggaplah semua itu sebagai satu cabaran  utk kita capai kejayaan. Kita buktikan segala andaian mereka tu salah. Kuatkan hati dan minda. Pada allah kita memohon  semoga dipermudahkan urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.