Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Tuesday, November 24, 2009

Saya boleh lakukan

Alhamdulillah,tahniah,congratulations, kerana berjaya migrate web kami, walaupun baru test tapi ne petanda yg bagus. Cayalah Dila kepakaranmu terselah harine. Aku tak la byk pun membantu sekadar peneman, pemberi semangat dan juga penyibuk. Akhirnya setelah btungkus lumus seharian kami berjaya upkan web. Dengan semangat,keyakinan dan paling penting kesabaran pasti membuahkan hasil. Macm kata kapten boleh dalam astro ceria, saya boleh lakukan,saya boleh lakukan. Esok kami kami teruskan lg dgn load ke server pla. Kami boleh lakukan...

Monday, November 23, 2009

Kena HaCk ker??

Hari ni pagi2 lagi ada perkara yang mencemaskan rakan sekerjaku. Rupanya server dia kena hack oleh orang luar. Huh.. siapa la makhluk allah yang bijak sangat tu. Dah tak de keja ke.. nak hack web orang. Tapi tu lah setiap yang terjadi ada hikmahnya.Walaupun dalam keadaan yang tak tahu nak buat camana, situasi yang membimbangkan itu, aku berjaya juga contact sana sini untuk mohon bantuan. Lastly dapat telefon Prisma untuk mohon bantuan. Alhamdulilah, dapat bantuan dan kerjasama sepenuhnya dari mereka. Aku lihat bos2 pun cemas juga tapi emm penting juga rupanya web nie bagi mereka.

Walaupun begitu tindakan segera perlu juga diambil, lepas nie aku as "tokey server" haha.. baru dapat gelaran nieh.. kena la buat langkah2 pencegahan dari  diceroboh "hacker". Mmm camna tuh..aku blum dapat idea@ilham.. Tapi aku rasa tindakan kami tu dah betul.. kan..kan kawan2. ehee...

Pada Dila web nie sungguh bernilai dan ada makna bg dirinya. Bagi aku begitu juga ,aku dan Dila memulakan tugas kami dengan membina laman ini. Sayang sangat segala content, maklumat, everything dari tak de apa macam2 kami dah wujudkan. Hinggakan pernah juga muncul sebagai juara dan ranking yang tertinggi juga. Bukan nak bangga sangat tapi itu lah kenyataannya.. Nie semua dari hasil kerjasama dari pasukan. Emm, masih wujudkan pasukan sebegitu..

Dulu lain.. sekarang lain..

Wednesday, November 18, 2009

Rindu

"Bila kita rindukan seseorang yang tiada lagi, sedekahkanlah buatnya Al-Fatihah dan surah Yassin,moga sampailah rindu kita padanya, miss u my little boy.

Friday, November 13, 2009

Jom POSiTiF

Baru-baru ini, pengurusan kami ada buat beberapa perubahan struktur organisasi. Memantapkan lagi bahagian yang  sedia kecil ini. Bilangan kami tidaklah seramai seperti bahagian lain, tapi dengan semangat dan juga kepimpinan yang baik mampu menjadikan kami sama dengan bil. yang lain.

Perubahan yang berlaku ini boleh dikatakan telah lama diminta oleh ramai pihak. Sejak dari zaman aku mula keja di situ lagi ura-ura utk mewujudkan perubahan ini. Akhirnya tahn 2009 juga menjadi pilihan perubahannya. Tahun ini jugalah semua jawatan di isi selengkapnya. Dah cukup kuota..

Cuma yelah, perubahan ini perlulah lebih adil dan saksama. Adil dari segi apa ye.. Mungkin juga dari segi pembahagian tugas dan bidang. Setelah aku juga bertukar unit ke unit teknikal memang begitu menekankan perasaan. Dengan bos yang baru dikenali dengan caranya yang berbeza dengan bos yang lama dan rakan sekerja yang lain begitu menekankan. Maklum sajalah aku bukannya familiar sangt dengan hardware ni. Dulu kena handle sistem yang penuh dengan coding, carta alir, dan error dan debugnya. Kini aku perlu upgrade lagi kemahiran dalam bidang teknikal specialist server. Fuhh.. mencabar tu kan.. Pada mulanya rasa macam tidak juga diterima tapi itulah kena berfikiran positif, Jika masih lagi ditakuk lama bagaimana hendak maju ke hadapan. Bagaimana nak 'Mendahului Cabaran'. Wah, pantang anak melayu dicabar. Jadi aku bertindak secara rasional, cuba belajar dan cuba cari bahan2 yang boleh memberikan aku keyakinan. Dan akhirnya aku sedari tindakan aku memberikan kepuasan pada kerja yang aku lakukan. Walau tidak diberi penghargaan tapi aku bersyukur dengan kerja yang tetap ini.Semakin meningkat usia ini moga makin bijaklah aku .Moga-moga aku sentiasa dapat mengawal perasaan sendiri dan menghormati perasaan orang lain. Terdetik juga dalam hati adilkah aku?? betulkah aku?? dalam memimpin anak2 buah. Risau jika ada yang protes di belakang walaupun aku mengamalkan dasar terbuka tapi yelah.. org suka cakap kot belakang juga. Hmmm..

Jika direnung zaman kanak2 dan remaja, memang aku ni anak yang kuat juga memberontak.Tapi dengan didikan mama dan abah yang kuat displinnya dan garang, walaupun aku nie anak bongsu, layanan antara kami adik beradik tetap sama. Barulah aku mengerti kenapala mama selalu membebel, marah pada aku jika kerja yang aku lakukan tu bertangguh, dan biasanya mama akan paksa juga aku selesaikan kerja tu sampai siap. Mama amat mempercayaiku dan membiarkan ku berdikari sendiri. Aku tidaklah seperti anak bongsu yang manja yang kuar merengek gitu. Mama tak suka sangat perangai macam tu.

Itulah dengan didikan mama, aku sampai ke tahap ini. Besar pengorbanan ke dua ibu ayahku. Menjadikan aku insan yang tabah, kuat, berani. Mudahan aku akan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa melangkah ke hadapan.Resepi ini jugalah yang akan  aku didik anak2 ku.

Jom.. kawan2 kita berfikir positif, kdangkala apa yg kita rasa tak baik tu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita tak nampak sekarang tapi percayalah kita akan sedarinya juga satu hari nanti. Mungkin hari ini kita dikutuk, dimarahi, di benci, diumpat dan berpelbagai lagi tapi anggaplah semua itu sebagai satu cabaran  utk kita capai kejayaan. Kita buktikan segala andaian mereka tu salah. Kuatkan hati dan minda. Pada allah kita memohon  semoga dipermudahkan urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Wednesday, November 11, 2009

Sahabat lama

sabtu, aku dikunjungi sahabat lama,merangkap ex-bos lama. Lama juga x jumpa. Penampilan jun byk juga berubah. Tapi aku amat hargai dia masih sudi dtg melawat aku. Dari dia jugalah byk pekara yg kami kongsi,suka duka harungi bersama. Penghijrahan beliau sebab mengikut suami. Waktu dia bgtau nak pindah tu rasa sedih sgt, mana taknya masa mula aku sampai sini dia la shbt petamaku. Kini aku dpat berita penganti beliau yg kini juga shbtku akan btukar juga. Nampaknya jarang shbt ini akan kekal dsini.tak apalah rezeki mrkkan.

Monday, November 9, 2009

Sukan Tabika Kemas 2009

Tabika Kemas Bandar Behrang 2020 telah menganjurkan hari sukan tahunan pada Sabtu, 7 Nov. 2009 bertempat di padang tabika kemas. Acara dimulakan pada awal 8.30 pagi. Semangat bersukan terselah di stiap wajah anak-anak ini. Ramai jugalah ibu bapa yang hadir untuk memberi semangat dan juga dorongan buat anak-anak tercinta. Begitu jualah aku dan suamiku tetap hadir melihat perkembangan anak kami yang sulung ini.

Pelbagailah ragam dan gelagat yang  tak kering gusi dapat dilihat. Persembahan anak-anak ini memang telus dan bersih dari sebarang hasad dengki dan iri hati. Mereka bermain tanpa pedulikan kalah atau menang yang pentingnya semua dapat sampai ke garisan penamat.  Acara untuk ibu dan bapa juga tidak ketinggalan, cabutan bertuah juga diadakan. Tapi nampaknya tahun ini tidak bertuah buatku.. mungkin di tahun hadapan bagaimana pula ya?

Tahun ini merupakan tahun terakhir kakak bersekolah di sini kerana tahun hadapan kakak akan ke sekolah baru, menemui kawan-kawan baru dan juga cikgu baru. Pastilah banyak kenangan kakak di tabika kemas ini. Terima kasih pada cikgu Zah yang tak putus-putus mengajar dan memanjakan anak gadisku ini. Sehingga kini  kakak dah boleh membaca, mengira dan juga mengaji. Alhamdulilah.. Semoga kakak terus berjaya..



Selepas ini, Afiq la pula pelapis seterusnya..Afiq pun dah mula setuju nak belajar di tempat kakaknya. Mudah-mudahan Afiq pun terus maju.. maju dan teruslah maju anak-anakku..

Tuesday, November 3, 2009