Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, October 1, 2009

Puteraku..

Inilah puteraku, Amir Afiq.Berumur 4 tahun. Biasanya aku panggil Afiq @ Adik. Hmm maklumlah dia la yang last. Sebelum Ammar lahir kami panggil dia abang bukan main suka lagi nak jadi abang. Tapi tak kesampai nak jadi abang, adiknya dah dijemput terlebih dahulu. So, sekarang dia suruh kami panggil dia adik semula.  Masa dalam pantang Afiq la yang banyak menemaniku. Kalau dah ditinggalkan sorang2 tu mulalah melayan perasaan. Tapi dengan Afiq tak sempatlah. Sikap dan perangai Afiq memang berbeza dengan kakaknya. Yela.. jantinanya pun lain. Afiq nie kuat imaginasinya. Macam2 direkanya.. Kalau suruh berlakon pun teror gak.. Baru2 nie berlakon jadi Atuk.. Siap terbongkok2 dan buat-buat suara orang tua. Keletah nakalnya buat kami sekeluarga ketawa tapi bila dia mengamuk. Huh.. gamatnya.


Afiq dan Adriana tidak boleh dipisahkan. Macam kembar pula. Kalau Afiq beli apa-apa mesti dia beli juga kat kakaknya. Adriana pun macam tu juga. Kasih sayang adik dan kakak semakin mesra dan semakin mekar. Tapi adakalanya.. macam kucing ngan anjing. Ada masa tu bergaduh teruk. Emm yang jadi mangsanya kakaklah. Kakak sayang sangat Afiq. Dia nak pukul Afiq pun tak sampai hati. Kesian plak aku tengok kakak selalu jadi mangsa kenakalannya. Kadang2 tension juga aku ngan perangainya. Bila marah mula la kata 'ibu tak sayang dia lagi' mcm2 lagi la keluar dari mulutnya yang comel tu. Kena banyak sabar melayan karenah dia. Aku harap aku dapatla mendidik Afiq dengan baik. Mohon sangat supaya kedegilan dan kenakalannya berkurangan dan biarlah kasih sayang antara kakak dan adik berpanjangan hingga ke akhir hayat mereka.

Kalau nak tahu, muka Ammar sebiji macam muka Afiq. Masa tu  aku pergi scan 3D kat Hospital Ipoh. Memang nampak clear muka Ammar. Teknologi sekarang makin canggih dan up to date. eMM. tahun depan boleh la hantar Afiq sekolah tadika. Macam mana nak gerak dia bangun pagi n mandi yer..Hmm cabaran tuh..

2 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Ada Amir yang menjadi penghibur..
    =)

    ReplyDelete
  2. thanks jiey.. inilah harta yang saya ada buat masa ini. Mudahan Allah akan memberikan rezeki yang lain pula.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.