Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Monday, October 12, 2009

Bila Rindu Bertandang.....

Apa erti Rindu? Apa erti Redha? Adakah aku benar2 redha dengan semua yag telah terjadi. Kadang-kadang aku rasakan biarlah apa yang terjadi semuanya hanyalah mimpi ngeri yang sentiasa menemaniku di kala tidurku. Rindu pada yang Maha Esa, adalah rindu yang paling terbaik. Rindu pada ibubapa, anak-anak, dan juga pada yang telah pergi meninggalkan bumi yang fana ini.

Rindu pada Ammar, kini sudah mencecah 5 bulan pemergiannya. Kasih sayangku tak akan terpadam. Mudah- mudahan biarlah kasih sayang ini sentiasa berpanjangan. Aku tidaklah pandai untuk bermadah, berpuitis seperti orang lain tapi cukuplah sekadar pelepas kata rasa rindu disini. Hari ini tenang, cuaca pun tenang. Namun hatiku mengingatimu. Ya. Allah berikan lah ketabahan pada ku. Permudahkanlah perjalanan hidupku ini.

Aku masih belum berkesempatan menziarah Ammar selepas raya. Lupakah kami sekeluarga padanya. Tidak.. pernah kami melupakanmu.. Sentiasa di hati. Walaupun kenangan dengannya tidak banyak , hanya kenangan semasa aku mengandungkan dia dan juga melahirkan dia. Ingatan ini mungkin tidak lama lagi akan luput di mamah usia. Namun kenangan manis hanya kita berdua dan Yang Maha Esa sahaja yang tahu. Betapaku gembira menerima kehadiran orang baru dalam diriku. Ya Allah, setelah aku kehilangan kasih yang pergi, kau gantikanlah aku penggantinya buat  penawar duka dihatiku. Seringkali ku memohon agar dikurniakan pengganti bukanlah bermaksud untuk melupakan yang telah pergi tapi sebagai penambah rindu. Sukar untukku ungkaikan dengan kata-kata. Hanya yang pernah merasai pemergian  yang disayangi dapat merasai rinduku ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.