Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Tuesday, October 6, 2009

Asma menyerang lagi!!


Dalam pukul 5.00 petang, masa tu aku masih lagi dipejabat. Pengasuh anak-anakku, panggilan mesra Kak Tie menghantar pesanan ringkas (SMS) memberitahu puteraku itu, Amir Afiq.. Batuk-batuk dan kena asma. Lama juga dia dah tak kena serangan asma nie.. Ini lah akibatnya minum ais dan minum ais pong banyak sangat. Risau plak aku.. asma nie kena bertindak cepat akerana melibatkan pernafasan. Aku dulu pun ada mengidap asma teruk jugak kerapkali masuk hospital tapi bila dah masuk peringkat remaja dah hilang penyakit tu. Harap Afiq pun bila dah besar hilanglah. Ku kira penyakit asma nie penyakit keturunan sebab ayah aku pun ada penyakit ini juga.

Bercerita mengenai Afiq diserang asma pula. Sampai je kat rumah  Kak Tie aku tengok dadanya berombak kuat. Tapi masih kuat lagi boleh berjalan dan bercakap. Aku bawa anak-anak balik ke rumah dulu. Cuba bagi dia inhaler tapi masih kuat lagi dadanya berombak. Suami ku pula ada hal petang ku. Afiq punyalah mengamuk nak ikut ayah dia. Dalam sakit macam itu pun dia berkeras nak minta ayahnya hantar dia ke klinik tak nak aku hantar. Puas aku pujuk akhirnya aku bawa afiq ke klinik sebab tengok dia macam tak tahan sangat. Sampai di klinik Dr. bagi nebulizer. Nampak lega la sikit. Dr. pesan air vitagen, air solivate air yang bersusu kultur tu tak sesuai untuk pesakit asma. patutla.. selama ini anak-anakku mmemang suka sangat minum air tu.  Selepas ambik ubat, aku hantar Afiq pada Ayahnya sebab sibuk sangat mencari ayahnya. Kesian pulak. Sebenarnya tak nak bagi dia nanggis nanti bertambah teruk asmanya tu.

Malamnya, sampai  kat rumah aku tengok dada afiq berobak kencang kembali. Selepas bagi makan ubat, afiq dah ok sikit la.. Dia tengok kartun tapi tak boleh tidur. Letih dan tak bermaya je. Huh.. hairan plak aku .. selalunya dia dah ok kalau dah diberi nebulizer tu. Afiq tidur juga malam tu tapi tak berapa lena. Dalam pukul 1.30 pagi ku minta suami bawa Afiq ke wad kecemasan minta nebulizer lagi. Nampak asma dia makin menjadi-jadi. Kesian tak dapat tidur dengan nyenyak.

Alhamdulilah pagi ini dia bangun dengan ceria, siap hantar kakak pergi tadika lagi. Dia dah ok la tu. Risau kalau dia kena serang asma lagi, kena banyak pantang asma ni, ais, kacang semua tu tak boleh makan. aku dulu pun sebelum baik nie ada berubat dengan sin sei Cina. Banyak pantang larangnya. Mak ayah aku pula memang kuat  displinnya so tak dapat la aku nak makan semua tu. Sekarang bila aku dah jadi ibu bapa, rasa tanggungajwab tu berpatah balik kepada aku dan suami. Tapi ye lah, budak zaman sekarang nie banyak bezanya dengan zaman aku waktu dahulu. Cara nak mendidik pun dah lain.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.