Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Tuesday, September 1, 2009

Petang yang SuRaM..

Puteriku  kini sedang belajar berpuasa. Puas juga la nak terangkan kenapa umat Islam diwajibkan berpuasa. Setelah dia puas hati barulah dia nak berpuasa. Sehingga ke hari ni Puteriku itu berjaya 2 hari lengkap puasanya. Hari yang lainnya, puasa juga cuma sekerat hari. Alhamdulilah hari nie pun habis puasanya. Kesian juga tengok dia, menahan lapar dan dugaan oleh adiknya. Macam kejam plak tak benarkan dia makan. Aku bukannya apa nak mengajar dia erti kesusahan orang lain dan kemenangan umat Islam. Rasanya dia faham cuma masih keliru agaknya. Insyaallah, akan ku didik anakku sebaik2nya.Puteraku juga berpuasa.. tapi puasa makan. Susu minum juga.. Bila disuruh makan katanya, "Ibu.. afiq puasalah..tak payah la makan".

Petang yang suram..
  Ku lihat puteriku, muram je.. mata pun dah kuyu..Dalam hatiku berbisik, "dia mengantuk kot". Aku suruh dia tidur tapi katanya mata tak mahu lelap.Diam je dia pandang aku.. Cuba memujuk anakku, apalah yang tak kena nie, nak buka puasa ke kakak, tanyaku lagi. Ditunduk mukanya. Tetiba mengalir airmata. Risau pula aku takut dia sakit. Dalam keadaan sebak, kakak mula bercakap, ibu, sebenarnya kakak bukan nak buka puasa, tapi kakak rindu kat Ammar. Ya Allah, sebaknya hatiku pabila mendengarnya. Tak ku sangka anak  kecilku merindui adiknya.. Kakak sambung lagi, kakak sedih bila ingat kat Ammar, kakak tak sempat nak pegang dan tengok Ammar.Aku cuba kuatkan hatiku dan ku cuba tenangkan situasi. Airmata dah mula bergenang. Ku peluk kakak, sambil kebelai rambutnya.Aku hanya mampu berkata, sabarlah kakak, Ammar tak sihat, Allah lebih sayangkan dia, kitapun sayang diakan. Akhirnya dia tak tidur sampai la waktu berbuka puasa. Puteriku itu masih lagi keliru... 

Malam yang kelam.. 
    Hari ini kami berbuka puasa dengan Mak mertuaku, adik ipar dan abang iparku.Kakak makan begitu berselera. Sampai dah tak larat jalan. Penat berpuasa la tu. Seronok aku tengok dia makan dengan adiknya. Selepas isyak, ku ajak kakak tidur sebab esoknya dia bersekolah. Dalam masa aku baring tepi dia, kakak peluk aku dan berkata, ibu, kakak rindu Ammar, kakak asyik teringat kat Ammar je. Sungguh sayang dia pada adiknya itu. Memang sepanjang aku mengandung kakak boleh dikatakan hari2  dia memeluk dan mencium perutku. Tak sabar2 nak lihat baby. Kakak kata: ibu, kakak dah lama tunggu baby keluar tapi baby dah tak ada. Alahai, sayangku.. Sabarlah kakak, mungkin  nanti Allah akan beri juga adik buat kakak, rajin2lah bersolat dan buat kewajipan yang disuruh. Pintaku padanya. Macamlah kakak dah besar tapi dia seakan faham maksudku. Bergenang lagi air mataku dan puteriku. Pertanyaan terakhir kakak, ibu, tahun depan kita akan ada baby tak.Tak terucap dengan kata-kata tak terluah langsung. Insyaallah kakak jika diizinkan oleh Allah.Tetiba suamiku datang lalu perkara tadi terhenti begitu dan ku lihat kakak dah mula tidur. Ku kucup dahi kakak dan berharap mimpinya seindah seperti yang diingininya.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.