Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Wednesday, September 9, 2009

Bantuan khas, kecewa tiada bonus

"Terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini."-Berita Harian.  
Aku dapat rasakan mesti ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan pada hari ini. Ramai yang kecewa kerana mendambakan bonus sebulan gaji. Almaklumlah, semua barang dilanda kenaikan harga yang tidak dapat di kawal. Tahun ni, hanya kumpulan sokongan sahaja yang bertuah mendapat bantuan khas, bagaimana pula dengan kumpulan prof. Mesti ada yang merasakan dipinggirkan. Tapi aku rasa kumpulan tersebut masih boleh lagi survive berdasarkan gaji mereka yang masih lagi dianggap tinggi daripada kumpulan sokongan. Namun tidak juga semuanya begitu, masih ada juga yang menghadapi masalah kewangan seperti aku juga. Namun aku tetap bersyukur kerana aku di bawah kumpulan sokongan. Biarpun tak dapat bonus sebulan gaji memadailah dapat juga aku buat belanja servis kereta untuk balik kampung... Bagi yang masih tidak puas hati tu bersabarlah.. bulan ramadankan tak baik marah2.

2 comments:

  1. huhu.. xpuas hati.. xpuas hati.. ini xadil:D

    hehe, syukur lah mana yg ada... raya ttp raya..

    tp kesian la kak.. bak kata cik mie.. yg gaji xsampai 1000 kumpulan sokongan tu.. sedih je beraya tahun ni.. 500 dpt sekali ke? dgr2 mcm dpt 250 dan 250 dpt ujung tahun..??

    ReplyDelete
  2. aah tu la.. sedihkan.. bagi yang gaji rendah tu.. macammana lah nak survive. Kerajaan bukan bg bonus tapi bantuan khas.. Napa tidak bg je 500 teruskan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.