Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Friday, September 11, 2009

Aku dan Alergi

Sejak bila pula aku ada alergi nie.. Huhu.. semalam aku ad amakan udang. Banyak tu tidaklah sekadar makan je. Malam tu aku rasa gatal2 satu badan. Tapi yang paling gatal muka aku nie la.. Memang tak tahan sangat. Ku tonyoh-tonyoh muka yang gatal.  Dah tak tahan sangat aku terus tidur. Bangun paginya, kulihat muka ku membengkak macam muka tembam sangat. Mata pun kuyu je tak boleh buka besar2. Kenapa dengan muka ku ini, ini bukan mukaku cam muka orang lain je.. Sedihnya.. Segera ku tanya suamiku. "Yang cuba tengok muka ayang nie kenapa? " Suamiku tersenyum saja, sambil berkata muka bengkak tu sebab alergi kot. Hua..hua.. Nak buat camna nie.. Raya dah dekat habis la muka ku nie.. Malunya.... Itu pulak yang aku ingat. He.,.hee.
Sebelum nie memang aku tak de alergi. Semua boleh makan, tak kiralah udang, ayam, sotong... Semua aku belasah sedap je. Sekarang kena berpantang la pulak. Aku rasa inilah kesannya .Aku dimasukkan darah 4 bulan yang lepas sebab bersalin. Aku banyak kehilangan darah waktu itu. Terpaksa dimasukkan darah.. ohh.. Pengalaman yang sukar dilupakan. Pagi tadi aku ke klinik, Dr. beritahu ada kemungkinan sebab darah tersebut sebab darah yang dimasukkan tu akan mengambil masa untuk refresh semula.  So, dalam waktu ini, berbagai alahan dan kuman yang akan ku terima. Semuanya bergantung kepada antibodi badan.Huhu.. semasa menulis nie terasa gatalnya seluruh mukaku.. Rasa macam nak tonyoh2 je ngan komputer nie.. Aahh.. harap2 muka ku ini cepat sembuh.. Cam katak puru je.. cam na nak balik raya nie..??

4 comments:

  1. Sabar eh akak.. tu la.. xpuasa lagi.. hehe.. gurau jeh;)
    Bpantang lah skjp.. xlama tuh rsnya.. akak tanya dr x cemana nak refresh darah tu cepat?

    ReplyDelete
  2. Hopefully dpt sembuh before raya..
    Ada seminggu lg ni..
    Get well soon..
    =)

    ReplyDelete
  3. Jiey: alhamdulilah dah beransur baik nie.. thanks ya..

    ReplyDelete
  4. Ummu: :P he.heee ada ada je la.. Tak tau ada alergy ngan udang kalau tahu tak makan udang tu. Dr. tak kata apa2 cuma suh pantang je la makan seafood. Lama2 nanti ok la, sementara darah tu kembali normal dalam badan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.