Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, September 24, 2009

Aidilfitri 2009


Akhirnya Syawal muncul, dan semua umat Islam bersama-sama merayakannya. Sebulan berpuasa menahan nafsu. Syukur alhamdulilah. Tahun ini aku berjaya mendidik puteriku erti berpuasa. Mudah-mudahan di tahun2 akan datang dia akan lebih bersemangat lagi. Tahun ini giliran kami beraya di Jitra, Kedah. Seronok dapat beraya bersama keluarga tercinta. Malam raya kami semua tidur lambat adalah dalam pukul 3 pagi. Sibuk membantu mama membuat persiapan untuk keesokkan harinya. Mama ada buat ketupat daun palas  pulut putih dan hitam, serunding daging (yang dihandle oleh abg khairi dan ijan), gulai ayam (mm my favourite tu), kuih raya kali nie penuh meja, (dalam 12 jenis rasanya, nie ditaja oleh kakakku-ina), kek coklat dan kek buah.

Awal pagi raya, syahdu dan sebak kurasakan. gema takbir, Allahu akbar 3x, Allah Maha Besar, pagi ini aku tak dapat mengunjungi pusara Ammar Afif. Hanya doa yang mampu ke tadahkan buatnya. Moga sentiasa tenang di sisi orang beriman. Syurga tempatmu sayang. Aku berharap mudahan jika tiba waktunya aku pergi dapatlah kiranya aku temui anakku itu. Bila balik ke slim River boleh lah aku menziarahi Ammar.Alhamdulilah, dapat juga ku bermanja dengan anak kakakku, Arissa berusia 5 bulan. Gebu, tembam dan cute sangat si comel arissa. Terdetik juga kejealousan dalam hati.. Mana tidaknya, dah 4 bulan pun berlalu.. Orang lain mungkin menggangap aku ok je, tapi dalam hati hanya allah saja yang tahu. Ku pujuk hatiku, jangan bersedih, masih ada 2 orang lagi yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku. Merekalah penggerak dan penguat semangatku.

Hari raya kedua, ku cuba habiskan mengunjungi rumah sanak saudara. Keesokkan hari dah kena balik ke Tanjung Malim. Kami keluar pagi , malam baru balik rumah mama. Ku bawa anak kakak dua orang jalan raya. Saja bagi ramai sikit. dalam beraya tu ramai la juga tanya, kenapa , mengapa. Puas jugalah ku huraikan apa yang terjadi pada Ammar. Inilah pertama kali kali ku bertemu mereka, masa pantang balik pun tak berjumpa. Wahai hati bersabarlah...semua ini dugaan dan takdir..Rasanya hari tu dalam 5 buah rumah kami beraya.. huhu.. sakan yer..anak-anak la yang paling seronok sekali. Dapat kumpul duit raya dan makan kuih raya macam2 jenis.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.