Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Wednesday, September 30, 2009

Puteriku belajar



Puteriku hari nie dengan semangat belajar Al Furqan. Buku nie aku beli kat MPH Store Wangsa Maju. alhamdulilah lancar di mengaji. Ada 3 set aku beli untuk puteriku ini. Buku pantas membaca BM dan BI dan al furqan ni. Yang buku BM tu dah hampir  nak habis dah dia mentelaah. Nampak dia berminat mengaji. Sebab tadinya aku suruh dia ambil mana-mana buku. Dipilihnya buku ini.  Sebelum itu dah 2 hari kakak belajar bersolat. Suami ku yang ajar. Aku kadang-kadang tak sempat nak ajar. Kelam kabut nak menguruskan makan minum dan rumah. Hari ini sebaik sahaja aku balik dari ofis terus mula masak. Habis masak pukul 8 masih sempat solat Maghrib. Tapi hari-hari macam ni penat jugalah. Kain dalam mesin basuh belum disidai lagi. Kejap lagilah nak berblog kejap.

Selepas makan malam, sempat mengajar kakak cara-cara solat. Mula suruh dia hafal sikit-sikit. Buat masa sekarang dah boleh baca Al-Fatihah dan 3 Qul. Rasa macam pendeknya masa, tak cukup masa yang ada nie. Kekadang risau juga, dapatkah aku mendidik anak-anak dengan sempurna. Kalau tak sempurna pun sekurang-kurangnya bila dia dah besar dia boleh berfikir dan manfaatkannya. Aku pun bukannya pandai sangat tapi aku cuba sedaya upaya ku untuk memberikan yang terbaik buat anak-anakku. Pasti semua ibu-ibu setuju dengan pendapatku. Tapi waktu aku sebaya dengan puteriku ini, mak aku seorang guru. Guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Mak akulah yang rajin mengajar, macam-macam alat mengajar dibuatnya. Tapi alat mengajar tu semua mak buat atas kreativitinya sendiri. Bagi zaman sekarang nie, alat bantuan mengajar tu senang didapati dari kedai. Cuma kena rajin cari supaya dapat yang terbaik. Teringat plak kenangan masa kecik, malas juga belajar asyik nak main je. Tapi pergorbanan seorang ibu untuk melihat anakknya berjaya, mak aku usahakan juga agar aku minat belajar. Semangatnya itu aku genggam dan akan ku cuba realisasikan kepada anak-anak tersayang.

Huh.. bukan mudah nak mengajar nie. Macam-macamlah iklan yang datang. Maksudku gangguan la.. dari tv, adiknya si afiq tu.. Tak dapat la nak beri perhatian. Tapi bila ajar kanak-kanak umur begini tak boleh ajar direct je.. kena break gak sebab mudah bosan. Cukup 2 page dah khatam. tak pa la at least dia nak belajar.

Esok tak tahulah macamana sempat ke tak aku nak jadi cikgu.. He..heee

Thursday, September 24, 2009

Aidilfitri 2009


Akhirnya Syawal muncul, dan semua umat Islam bersama-sama merayakannya. Sebulan berpuasa menahan nafsu. Syukur alhamdulilah. Tahun ini aku berjaya mendidik puteriku erti berpuasa. Mudah-mudahan di tahun2 akan datang dia akan lebih bersemangat lagi. Tahun ini giliran kami beraya di Jitra, Kedah. Seronok dapat beraya bersama keluarga tercinta. Malam raya kami semua tidur lambat adalah dalam pukul 3 pagi. Sibuk membantu mama membuat persiapan untuk keesokkan harinya. Mama ada buat ketupat daun palas  pulut putih dan hitam, serunding daging (yang dihandle oleh abg khairi dan ijan), gulai ayam (mm my favourite tu), kuih raya kali nie penuh meja, (dalam 12 jenis rasanya, nie ditaja oleh kakakku-ina), kek coklat dan kek buah.

Awal pagi raya, syahdu dan sebak kurasakan. gema takbir, Allahu akbar 3x, Allah Maha Besar, pagi ini aku tak dapat mengunjungi pusara Ammar Afif. Hanya doa yang mampu ke tadahkan buatnya. Moga sentiasa tenang di sisi orang beriman. Syurga tempatmu sayang. Aku berharap mudahan jika tiba waktunya aku pergi dapatlah kiranya aku temui anakku itu. Bila balik ke slim River boleh lah aku menziarahi Ammar.Alhamdulilah, dapat juga ku bermanja dengan anak kakakku, Arissa berusia 5 bulan. Gebu, tembam dan cute sangat si comel arissa. Terdetik juga kejealousan dalam hati.. Mana tidaknya, dah 4 bulan pun berlalu.. Orang lain mungkin menggangap aku ok je, tapi dalam hati hanya allah saja yang tahu. Ku pujuk hatiku, jangan bersedih, masih ada 2 orang lagi yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku. Merekalah penggerak dan penguat semangatku.

Hari raya kedua, ku cuba habiskan mengunjungi rumah sanak saudara. Keesokkan hari dah kena balik ke Tanjung Malim. Kami keluar pagi , malam baru balik rumah mama. Ku bawa anak kakak dua orang jalan raya. Saja bagi ramai sikit. dalam beraya tu ramai la juga tanya, kenapa , mengapa. Puas jugalah ku huraikan apa yang terjadi pada Ammar. Inilah pertama kali kali ku bertemu mereka, masa pantang balik pun tak berjumpa. Wahai hati bersabarlah...semua ini dugaan dan takdir..Rasanya hari tu dalam 5 buah rumah kami beraya.. huhu.. sakan yer..anak-anak la yang paling seronok sekali. Dapat kumpul duit raya dan makan kuih raya macam2 jenis.

Thursday, September 17, 2009

::~Selamat Hari Raya Buat Semua~::

Bagaimana dengan persiapan hari raya? Semestinya semua sedang sibuk. Mungkin ada juga yang masih shopping saat akhir ini. Alhamdulilah, mudahan ibadah kita diterima. 
Entah mengapa, raya tahun 2009 ini ku rasakan suram dan tak la segairah sangat aku nak meraikannya. Mungkin juga aku rasa kehilangan dan ku angan-angankan cahaya mata si kecil untuk menghiasi hidupku. Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buatku.
Namun persiapan tetap ku teruskan jua. Demi keluarga tercinta. Sehingga hari ini aku rasa semuanya dah selesai. Anak-anak dan suami pun dah lengkap persiapannya. Persiapan seperti biasa saja ala kadar. Tahun ini semuanya aku beli, kuih raya pun beli je. Tak de rasa keinginan membuatnya macam tahun-tahun dulu. aku start shopping baju anak2 di JJ, Wangsa Maju. Ramainya orang, meriah sangat. Nak bayar pun kena beratur panjang. Penat juga bawa budak-budak ni, macam2 la dimintanya. sekilas pandang, mataku ke arah baju si kecil, dalam hati teringat pada Ammar. Mesti comelkan si kecil pakai baju Melayu. Sedih memang la sedih, harap dapat berlima tahun nie, tapi tak de rezeki. Tak palah yang ada nie pun aku patut bersyukur. Gembira juga, dapat balik Kedah.. Bestnya.. dapat balik kampungku.. Tapi raya ketiga dah balik semula Tanjung Malim.. Sekejap je balik. Suamiku dah mula bertugas pada hari raya ke empat.





HARI RAYA YANG HAKIKI:
Anas bin Malik berkata, ada 5 erti Hari Raya yg sebenarnya:
  • Hari yang dilalui oleh mukmin yang tidak dicatit padanya dosa-dosa.
  • Hari yg keluar dari dunia ini(mati) dengan membawa Iman, dapat mengucap dua kalimah syahadah dan terpelihara dari tipuan Syaitan
  • Hari yg dia berjaya menempuh Titian Siratul Mustakim dengan aman, selamat daripada huru, selama Qiamat dan terlepas dari seksaan Malaikat Zabaniah.
  • Hari yang dia masuk ke dalam Syurga dan aman (terpelihara) daripada Neraka Jahim
  • Hari di mana dia dapat melihat Zat Tuhannya.

Friday, September 11, 2009

Aku dan Alergi

Sejak bila pula aku ada alergi nie.. Huhu.. semalam aku ad amakan udang. Banyak tu tidaklah sekadar makan je. Malam tu aku rasa gatal2 satu badan. Tapi yang paling gatal muka aku nie la.. Memang tak tahan sangat. Ku tonyoh-tonyoh muka yang gatal.  Dah tak tahan sangat aku terus tidur. Bangun paginya, kulihat muka ku membengkak macam muka tembam sangat. Mata pun kuyu je tak boleh buka besar2. Kenapa dengan muka ku ini, ini bukan mukaku cam muka orang lain je.. Sedihnya.. Segera ku tanya suamiku. "Yang cuba tengok muka ayang nie kenapa? " Suamiku tersenyum saja, sambil berkata muka bengkak tu sebab alergi kot. Hua..hua.. Nak buat camna nie.. Raya dah dekat habis la muka ku nie.. Malunya.... Itu pulak yang aku ingat. He.,.hee.
Sebelum nie memang aku tak de alergi. Semua boleh makan, tak kiralah udang, ayam, sotong... Semua aku belasah sedap je. Sekarang kena berpantang la pulak. Aku rasa inilah kesannya .Aku dimasukkan darah 4 bulan yang lepas sebab bersalin. Aku banyak kehilangan darah waktu itu. Terpaksa dimasukkan darah.. ohh.. Pengalaman yang sukar dilupakan. Pagi tadi aku ke klinik, Dr. beritahu ada kemungkinan sebab darah tersebut sebab darah yang dimasukkan tu akan mengambil masa untuk refresh semula.  So, dalam waktu ini, berbagai alahan dan kuman yang akan ku terima. Semuanya bergantung kepada antibodi badan.Huhu.. semasa menulis nie terasa gatalnya seluruh mukaku.. Rasa macam nak tonyoh2 je ngan komputer nie.. Aahh.. harap2 muka ku ini cepat sembuh.. Cam katak puru je.. cam na nak balik raya nie..??

Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Bantuan khas, kecewa tiada bonus

"Terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini."-Berita Harian.  
Aku dapat rasakan mesti ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan pada hari ini. Ramai yang kecewa kerana mendambakan bonus sebulan gaji. Almaklumlah, semua barang dilanda kenaikan harga yang tidak dapat di kawal. Tahun ni, hanya kumpulan sokongan sahaja yang bertuah mendapat bantuan khas, bagaimana pula dengan kumpulan prof. Mesti ada yang merasakan dipinggirkan. Tapi aku rasa kumpulan tersebut masih boleh lagi survive berdasarkan gaji mereka yang masih lagi dianggap tinggi daripada kumpulan sokongan. Namun tidak juga semuanya begitu, masih ada juga yang menghadapi masalah kewangan seperti aku juga. Namun aku tetap bersyukur kerana aku di bawah kumpulan sokongan. Biarpun tak dapat bonus sebulan gaji memadailah dapat juga aku buat belanja servis kereta untuk balik kampung... Bagi yang masih tidak puas hati tu bersabarlah.. bulan ramadankan tak baik marah2.

Desktop Produktiviti

Selamat Tinggal, MS WORD 2003, 09.09.09, hari nie dapat belajar MS WORD 2007, emm... mula tgk software dalam pc baru aku ni memang la tak berapa faham. Berbeza sangat toolbarnya. Walaupun aku dalam bidang IT pening juga nak mencari. Apatah lagi kawan-kawan yang lain. Alhamdulilah atas usaha En. Mie dan anak buahnya. Kami berjaya mengubah kesukaran tu dalam bentuk yang lebih menarik lagi. 

Welcome MS 2007, rupanya tanpa disedari banyak features2 yang baru dan menarik dapat kita pelajari. Nak ku ajarkan di sini tak kesampaian . Maybe link Microsoft Word 2007 Tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 yang terkial2 mencari. Kesimpulannya aku puas hati dengan kursus pendek hari ini. WORD 2007 memang memudahkan dan mempercepatkan kerja. Tak caya ke?? Cuba la sendiri.. Bess.. wooo (kih.kih cam la dapat % dr microsoft). Rugi siapa yang tak hadir tadi..

Thursday, September 3, 2009

PC baru..

Seronoknya, semua dah dapat pc baru. Kali ni pc yang dibekalkan storagenya besar. Kalau tak salah aku 500Gb. Macam2 la boleh diletakkan. Nak kata laju tak la laju sangat, Skrin pc pun dah lain. Lebar la pulak. Puas la ngadap pc nie ari2. Ada yang kata cam tv plasma. Hari nie distrubute pc2  lagi. masih ada lagi yang berbaki. Esok la sambung, vendor dah balik ada hal katanya. 
Aku pun dah tukar kedudukan posisi kat pejabat. Saja tukar 'fengshui kata kawan2ku. Penat juga la.. walaupun aku tak de angkat pc2 nie, tapi dok tunggu vendor pasang n ambik detail2 yang diperlukan memenatkan juga ye.. Mm mungkinkah ianya hanya alasan aku? Daripada interview yang aku buat, ramai kawan2 bagitau pc baru nie banyak problemnya.. aii pc baru pun prob. ke.. Entah la.. biarla juruteknik yang tengok aku bukan mahir sangat dalam bab2 teknikal nie. Petang nie ada meeting dalam kui 3.00. Mata aku dah kuyu nie. Harap sekejap je la.

Agak2 dapat tak bonus tahn nie.. Fuh.. aku harap sangat dapat la bonus. Persiapan raya langsung aku tak buat lagi. Mulanya rasa macam tak nak je sambut raya tahun nie. Bukan pe, dulu aku berangan2 raya kali nie kami akan jadi berlima. Tapi tak apalah, kami tetap berlima dalam hati dan juga dimana2. Ku harapkan Ammar sentiasa bahagia disana. Hmm, yang paling utama anak2 aku yang dua orang nie, akan ku gagahi juga lengkapkan persiapan buat mereka. Raya nie paling meriah budak2 la, kalau kita nie yang dah besar tak berapa la sangat. dulu masa budak2, time raya dalam fikiran tu  nak duit raya ngan main bunga api. Bestnya.. he..hee kadang2 anak2 aku main  aku pun sertai sekali saja mengimbau kenangan lalu.

Besarlah..

Minggu lepas balik umah mak mertua kat Kg. Rasau, Slim River. Ayah ada tahan jaring.. petang tu suamiku pi angkat. 
Dapatlah si ikan kaloi ini. Besarnya, tak pernah tgk ikan kaloi besar camni. Ada dalam 2 kg lebih. Sapa nak makan nie.. Besar sangat cam tak lalu je.. Last2 mak buat masak cuka n hantar kat anak2 dia yang lain.. Dah besar sangat kena la distribute tak habis makan sorang nie.


Tuesday, September 1, 2009

Petang yang SuRaM..

Puteriku  kini sedang belajar berpuasa. Puas juga la nak terangkan kenapa umat Islam diwajibkan berpuasa. Setelah dia puas hati barulah dia nak berpuasa. Sehingga ke hari ni Puteriku itu berjaya 2 hari lengkap puasanya. Hari yang lainnya, puasa juga cuma sekerat hari. Alhamdulilah hari nie pun habis puasanya. Kesian juga tengok dia, menahan lapar dan dugaan oleh adiknya. Macam kejam plak tak benarkan dia makan. Aku bukannya apa nak mengajar dia erti kesusahan orang lain dan kemenangan umat Islam. Rasanya dia faham cuma masih keliru agaknya. Insyaallah, akan ku didik anakku sebaik2nya.Puteraku juga berpuasa.. tapi puasa makan. Susu minum juga.. Bila disuruh makan katanya, "Ibu.. afiq puasalah..tak payah la makan".

Petang yang suram..
  Ku lihat puteriku, muram je.. mata pun dah kuyu..Dalam hatiku berbisik, "dia mengantuk kot". Aku suruh dia tidur tapi katanya mata tak mahu lelap.Diam je dia pandang aku.. Cuba memujuk anakku, apalah yang tak kena nie, nak buka puasa ke kakak, tanyaku lagi. Ditunduk mukanya. Tetiba mengalir airmata. Risau pula aku takut dia sakit. Dalam keadaan sebak, kakak mula bercakap, ibu, sebenarnya kakak bukan nak buka puasa, tapi kakak rindu kat Ammar. Ya Allah, sebaknya hatiku pabila mendengarnya. Tak ku sangka anak  kecilku merindui adiknya.. Kakak sambung lagi, kakak sedih bila ingat kat Ammar, kakak tak sempat nak pegang dan tengok Ammar.Aku cuba kuatkan hatiku dan ku cuba tenangkan situasi. Airmata dah mula bergenang. Ku peluk kakak, sambil kebelai rambutnya.Aku hanya mampu berkata, sabarlah kakak, Ammar tak sihat, Allah lebih sayangkan dia, kitapun sayang diakan. Akhirnya dia tak tidur sampai la waktu berbuka puasa. Puteriku itu masih lagi keliru... 

Malam yang kelam.. 
    Hari ini kami berbuka puasa dengan Mak mertuaku, adik ipar dan abang iparku.Kakak makan begitu berselera. Sampai dah tak larat jalan. Penat berpuasa la tu. Seronok aku tengok dia makan dengan adiknya. Selepas isyak, ku ajak kakak tidur sebab esoknya dia bersekolah. Dalam masa aku baring tepi dia, kakak peluk aku dan berkata, ibu, kakak rindu Ammar, kakak asyik teringat kat Ammar je. Sungguh sayang dia pada adiknya itu. Memang sepanjang aku mengandung kakak boleh dikatakan hari2  dia memeluk dan mencium perutku. Tak sabar2 nak lihat baby. Kakak kata: ibu, kakak dah lama tunggu baby keluar tapi baby dah tak ada. Alahai, sayangku.. Sabarlah kakak, mungkin  nanti Allah akan beri juga adik buat kakak, rajin2lah bersolat dan buat kewajipan yang disuruh. Pintaku padanya. Macamlah kakak dah besar tapi dia seakan faham maksudku. Bergenang lagi air mataku dan puteriku. Pertanyaan terakhir kakak, ibu, tahun depan kita akan ada baby tak.Tak terucap dengan kata-kata tak terluah langsung. Insyaallah kakak jika diizinkan oleh Allah.Tetiba suamiku datang lalu perkara tadi terhenti begitu dan ku lihat kakak dah mula tidur. Ku kucup dahi kakak dan berharap mimpinya seindah seperti yang diingininya.
"Setiap manusia yang dilahirkan merupakan khalifah di muka bumi Allah. Walau dalam apa sekali pun bentuk dia dilahirkan, setiap seorang itu mempunyai peranannya tersendiri. Hatta orang yang tidak sempurna di mata kita sekalipun, mereka masih membawa 'perubahan' ke dalam orang yang berada di sekelilingnya. Andai bayi yang dikandung kamu pergi dahulu, anggaplah dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT. Andai dia hadir dalam keadaan tidak sesempurna kita, pasti ada kisah yang akan dibawanya yang memberi satu perspektif baru kepada kita. Itulah lebihnya dia. Dan dia juga akan menjadi jalan ibadah buat kita.. " Thanks jiey