Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, August 27, 2009

"Menggembirakan orang lain membuatkan kita lupa akan kesedihan dan kebimbangan kita"

Andainya semua manusia di alam nie berfikiran begitu alangkah amannya dunia inikan..
Sebenarnya ayat tu membuatkan aku terfikir betapa bertuahnya aku hidup di Malaysia nie kalau nak dibandingkan di negara2 lain yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri dan maruah. Apa yang menimpa diriku pada bulan yang lepas2 menyedarkanku betapa selama ini aku sering lalai dan sering mengeluh akan nasib diriku. Jika dibandingkan dengan orang lain yang tiada ibubapa, kehilangan suami/isteri dan anak2 tercinta, tiada wang untuk menampung keperluan hidup. Hidup aku walaupun sederhana, aku masih lagi boleh memmbeli keperluan harian. Sungguh!! aku bersyukur padamu Yang Maha Esa.Oleh itu sebaik-baiknya aku tak mahu lagi bersedih jika kesedihanku itu membawa kesedihan pada orang lain pula. Mudah-mudahan aku diberi kekuatan untuk menggembirakan hati orang lain..

Pagi ini, aku dan kawan2 ke wacana minda yang dianjurkan oleh Jabatan. Terasa pagi seronok mendengar ceramah dari ustaz. Selalunya akulah yang akan tersengguk2 menahan mata dari mengantuk. Kali ini wahh.. dapat berjaya menahan sebab isu yang ustaz membawa kesedaran.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sudilah kiranya mmeberi sebarang komen.