Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, August 27, 2009

Kenangan

Malam ini.. sunyinya anak2 semua ikut ayahnya ke rumah abang iparku. Aku tak pula mengikut kerana menahan sakit perut sejak tengahari tadi. Tak tahu la pula kenapa sakit sebegini. Mungkin angin dah masuk.Bila tinggal berseorangan mulalah aku rindukannya. Bila sakit perut begini teringat pula aku ketika saat dia ada, saat aku mengusapnya. Rindunya aku saat2 bersama dengannya. Segala kenangan terindah selama 9 bulan lebih dia disisiku takkan kulupakan. Nantilah bila tiba masanya akan kutitipkan coretan di sini.Mudah-mudahan aku diberi ketabahan dan kekuatan atas kehilangan ini.
Sayang kamu rindu kamu..