Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, August 27, 2009

Demam..

Huhu.. akak tak sihat nie.. tak larat la ibu.. MMM siannya anak ibu. Demam dan batuk. Tak tahan rasanya tengok, matanya sayu je berair plak. Panas sangat la suhu badan tu. Kalau dulu demam sikit aku biasa bagi panadol. Tapi kali ni disebabkan wabak H1N1 kenala segera ke klinik. Jam dah pun pukul 6.45, ada ke klinik buka nie. Telahan ku betul mana ada klinik buka time tu semua dah rehat nak berbuka puasa. So, terpaksa la balik umah dulu then baru pi klinik.


Malamnya selesai solat maghrib, aku sempat mengaji al-quran, tetiba akak cakap dia mengantuk dan menyuruhku picit kepala. Dia mengadu sakit kepala. Si adik pula bukan main nakal lagi sibuk mengusik kakaknya. Hmm.. beginilah keletah anakku yg tak pernah sunyi. Akhirnya kakak tido dengan amannya walaupun adiknya bising.Sebelum tido sempat juga di beritahu akak rindu kat adik ibu.. Aku?? hanya mampu tersenyum sahaja...


Akak kulihat tidur dengan lenanya jadi tak sampai hati pula nak kejutkan ke klinik. Biarla dia rehat sekejap. Ubat demam adiknya yang dulu masih ada lagi berbaki mungkin boleh digunakan. Harap akak cepat2 sihat..