Mungkinkah ::

segala kesedihan akan di akhiri dengan kegembiraan
segala penderitaan di akhiri dengan kebahagiaan
segala kejahatan diakhiri dengan kebaikan ??

Carian anda??

Mengenaliku..

Aku dilahirkan oleh ibundaku di Ipoh, Perak. Oleh kerana ayahandaku telah bersara dari pekerjaannya lantas kami pun kembali ke Kedah.. Di negeri jelapang padi inilah aku membesar sebagai pu3. Aku tidak kesunyian kerana mempunyai kakak dan abang. Mahligai ibunda dan ayahandalah tempat yang teristimewa dan banyak kenangannya.

Kini pu3 telah dewasa dan telah mempunyai 4 cahaya mata. Seorang 2 puteri dan 2 putera. Namun Allah lebih menyayangi puteraku. Kini tinggallah aku bersama 2 puteri dan seorang putera. Aku kini menetap di Kedah di negeri tempat aku membesar..

Anakku yang sulung kini berumur 8 tahun, bijak, petah berkata-kata dan pemalu. Anakkku yang kedua berumur 6 tahun, aktif, pintar dan nakal. Anakku yang keempat pula masih kecil lagi baru berumur 6 bulan. Tanpa kehadiran mereka pasti suramlah hidup ini.

Buat kalian, terima kasih kerana sudi melawatku di blog yang tak seberapa ini. Blog ini hanya mengisahkan suka dukaku dan anak-anak.. Sekadar luahan rasa..

Thursday, August 27, 2009

Akhirnya selesai jua..

25/8/2009- Kami di sini menganjurkan Hari Dasar Keselamatan ICT. Tak sangka aku plak terpilih sebagai salah seorg pembentangnya.Dalam hati risaunya tak terkata mampukah aku berdiri di hadapan khalayak ramai yang kebanyakannya rakan2 yang ku kenali. Aduss... pening kepala aku memikir camna nieh.. Slide pun tak sempat nak buat properly sebab kat pejabat pun banyak keja yang menanti. Al maklumlah dah lama bercuti. Walaubagaimanapun, aku dan kawan2 berjaya juga mengharungi detik2 yang terindah tu.. He..he. Ramai juga la yang datang tapi bagi aku yang datang tu bukannya nak dengar sangat ceramah kami nie hanya nak goodies je tuh. Alhamdulilah, meriah dan semuanya berjalan dengan lancar walaupun di sesi petang berlaku masalah audio, namun semua tu tak melemahkan semangat sahabat2ku. Semuanya boleh berucap dengan baik.. Tapi aku.. hmm rasanya tak sanggup lagi dah...Tapi semua tu merupakan pengalaman dan pengajaran yang baik.